Sejarah dan latar belakang Mestica

Kumpulan MESTICA telah ditubuhkan di UiTM Shah Alam dengan dianggotai oleh 4 orang mahasiswa UiTM. Kumpulan ini sebenarnya adalah gabungan ahli daripada 3 kumpulan nasyid yang pernah bergiat aktif di kampus UiTM Shah Alam sekitar tahun 2000 hingga 2002 iaitu IS-ONE, As-Syiffa’ dan Al-Wahdah. Selepas pembubaran kumpulan-kumpuan tersebut atas pelbagai sebab maka saudara Khairulnizam Zainol yang kini mengetuai kumpulan “MESTICA”, telah mengambil inisatif untuk mengumpulkan kembali bekas ahli kumpulan-kumpulan tersebut bagi meneruskan kesinambungan irama nasyid di UiTM. Kumpulan Mestica juga memberi sokongan dan bimbingan kepada kumpulan-kumpulan nasyid baru di UiTM seperti kumpulan nasyid Skilas, Kolej Perindu. Hasil tunjuk ajar mereka telah berjaya meletakkan kumpulan nasyid Skilas sebagai sebuah kumpulan nasyid yang popular di kalangan pelajar-pelajar di Uitm Shah Alam

Pada peringkat awal penubuhannya kumpulan ini pernah menggunakan nama “Ideal” dan “Mestika”. Namun selepas menjalani ujibakat bersama pihak Hijjaz Music Entertainment (HME) dan diterima menjadi anggota keluarga terbaru HME nama kumpulan ini ditukar sekali lagi kepada nama “MESTICA”.